In HUBUNGAN
3Mar 10

Apa jua cabang kerjaya yang anda ceburi, hubungan yang baik sesama rakan sekerja sangat penting demi mewujudkan suasana kerja yang menyenangkan seterusnya memudahkan segala urusan. Jika hubungan itu baik, maka eloklah juga mood kerja anda. Namun, jika sebaliknya, ia boleh menjejaskan prestasi kerja. Berikut adalah tip-tip penting bagaimana untuk mewujudkan hubungan yang akrab sesama rakan sekerja:

SALING BERTEGUR SAPA

Pernahkah anda  terfikir untuk tidak menegur rakan sekerja kerana merasakan mereka tidak kena-mengena dengan urusan anda? Kikis sikap sebegini kerana ia ternyata silap sama sekali. Mungkin anda tercari-cari topik untuk memulakan bicara untuk dibincangkan. Jika susah sangat, memadailah memulakannya dengan senyuman ikhlas atau ucapan salam.

MENGINGATI NAMA RAKAN SEKERJA

Sejauh mana anda mengingati nama kesemua rakan sekerja anda? Jika hal semudah itu pun anda abaikan, maka hubungan itu boleh renggang dengan sendirinya. Jadi rajinkan diri untuk menyebut nama mereka setiap kali bersua muka walau pun hanya dengan nama gelaran. Alangkah mesranya jika anda turut memberikan salam atau pun ucapan selamat kepada mereka.

ELAK BERPRASANGKA BURUK

Setiap rakan sekerja mempunyai ragamnya yang tersendiri. Jadi, sebagai seorang yang belum benar-benar mengenali, anda sama sekali tidak digalakkan untuk melabel apatah lagi menghukum seseorang. Usah terus mempercayai cerita orang tanpa menegnali individu berkenaan. Mungkin apa yang dikatakan hanyalah khabar angin yang telah ditokok tambah. Kenali individu tersebut, mana tau anda mungkin serasi dengannya.

RAJIN MENGHULURKAN BANTUAN

Menghulurkan bantuan adalah perkara yang sangat baik. Jadi mengapa tidak dilakukan kepada rakan sekerja? Jenis bantuan itu bagaimana pun terpulang kepada kemampuan dan keikhlasan anda sendiri. Tawarkan diri jika anda mahu membantu rakan sekerja yang mungkin dalam kesulitan. Rasanya bukan satu masalah besar jika anda mahu menumpangkan mereka ke perhentian bas berdekatan.

SALING BERTUKAR PENDAPAT

Alternatif lain untuk merapatkan hubungan dengan rakan sekerja ialah dengan menanyakan pendapat mereka. Pasti mereka mempunyai pendapat berlainan yang mungkin mampu meningkatkan lagi prestasi kerja anda. Dalam bekerjasama itu, secara perlahan-lahan hubungan yang terjalin akan bertambah erat.


3 Trackbacks/Pingbacks

  1. Trackback: CLAYTON on June 27, 2010
  2. Trackback: DUANE on June 29, 2010
  3. Trackback: FREDERICK on July 6, 2010

1 Comments

  1. Letha27Buchanan, March 4, 2010:

    It is understandable that money makes people disembarrass. But how to act when somebody doesn’t have cash? The one way only is to try to get the credit loans or just secured loan.

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.

Subscribe to RSS

Syndicate